asikini's FotoPage

By: asikini ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Monday, 28-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Serang Dusun 2 - Dusun Pak Cik Rahim ASDAF, Hulu Langat

 
 
 
View all 18 photos...
Nak cerita apa yek...? Tepek gambau dulu ler..

Dusun ni kat Hulu Langat.. Aku tak nampak pulak cam dusun dah.. lebih kepada rumah persinggahan keluarga. Pakcik ni maklum.. bila dah bersara ni, nak cari tempat relaks-relaks.. yang boleh bawak bertenang. Lokasi memang jauh ke dalam.. Ferrari merah aku pun tak bley lepas. Jadinya sebagai konklusi... pakcik ni memang layaaaannn...

Terima kasih banyak-banyak ye pakcik.

Untuk makluman, ini adalah pakcik kedua yang sudi menawarkan dusunnya untuk ku jejaki. Maklum agaknya dia perasan aku buang tebiat macam tak pernah makan durian padahal aku bukan nyer layan sangat durian ni.. Sekadar nak merasa aje sebenarnya.

Pakcik pertama adalah sedara buah dari Sg Koyan. Yang ni lagi lawak, sesudah subuh dia mengajak kami, geng-geng sukarelawan pegi ke rumahnya. Terpaksa lah kami pegi juga sebab pakcik tu beriya-iya ngajaknya. Layan jugak le aku sambil membawak tapau seguni durian untuk dimakan dengan kawan-kawan.

Hari Ahadnya aku pegi lagi ke rumah pakcik tu sebab pakcik tu dah pesan suh singgah. Lagipun aku dah pinjam parangnya untuk mengopek durian beliau. Hahahah balik tu aku membawa 6 biji kereta pulak. Budak-budak Muslim Aid pun konfius hubungan aku ngan pakcik tu baik semacam... "Sedara buah ler..."

Hahahahahahah - Terima kasih Pakcik Manaf dan Isteri, Sg Koyan 3
Terima kasih Pakcik Rahim, Hulu Langat lokasi dusun.

Lain kali kalau ada rezeki, saya datang lagi yer...


Friday, 25-Jul-2008 15:21 Email | Share | | Bookmark
Perkampungan Orang Asli, Kg Nyentil, Kuala Lipis

 
 
 
View all 14 photos...
Ini adalah aktiviti pertama aku untuk bersosial setelah sekian lama menggantung boot. Pertama kalu juga join under YAYASAN SALAM. Kiranya aku join kumpulan yang tidak aku kenali, tanpa beri salam, tanpa bersalam.. layan...

Seronok. Aku dapat berdepan dengan golongan yang tidak pernah aku jumpa terutama masuk kampung ni. Masa pi kampung kat Air Puteh tu bukannyer macam ni, untuk ziarah dan silaturrahim. Tuhari sebab nak amik anak buah aku yang nak attend latihan.

Sebenarnya tujuan asal ialah untuk mempelajari sedikit sebanyak ilmu dan menambah pengetahuan mengenai Orang Asli. Maklum kan aku juga mengajar Program Integrasi di PLKN, terdapat juga subjek Orang Asli. Tapi untuk permulaan menyertai aktiviti seperti ini, rasanya aku memerlukan 2-3 kali lagi masuk ke kampung orang asli. Mula-mula yelah.. aku kene paham dulu cemana pelajaran nak tackle orang di sana agar aku dapat meresapi dan berkongsi maklumat. InsyaAllah kalau diizinkan Allah, sekali lagi aku akan menjejakkan kaki ke daerahmu...


Monday, 21-Jul-2008 16:18 Email | Share | | Bookmark
KEM PDS RESORT, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan

 
 
 
View all 24 photos...
Kumpuan 3 Siri 5/2008. Tahu tak apa itu Kumpulan 3...???

Arr tahu tak per... Tersiksa batin dan raga, tahu tak... Adoi yai... Anyway, Cikgu suka ngajar perkara-perkara yang saiko sebab cikgu pun saiko gak kan... Hahahahha

Hari pertama jer memang simptom sakit tekak sudah melanda. Setakat ketuk dinding dengan duster tu dah tak heran dah tapi Cikgu bangga sebab cikgu tak membenarkan korang tidur. Hahahahahahah ni lepas cikgu tak de, korang still tidur dalam kelas ke...? Haprak punya budak!

Paling best persembahan korang ler kan. Korang tahu tak cikgu dah berusaha untuk dapatkan kostum untuk korang. Cikgu rasa tak de lagi cikgu lain yang macam cikgu ni. Punya lah cikgu ketuk mana-mana kedai orang Cina kat Pekan Pasir Panjang tu untuk mendapatkan kostum untuk korang. Sikit lagi sebenarnya cikgu berjaya mendapatkan baju opera cina tapi orang yang jaga stor tu dah pergi Johor. Kalau tak, cikgu nak suruh korang jadi hantu Cina ajer.. senang.. lompat-lompat ajer.

Anyway lagi, tahniah le cikgu ucapkan atas kerjasama korang yang tak berapa kerjasama ini. Cikgu rasa kalau korang semai dan tuai sedikit sahaja lagi, InsyaAllah akan lebih merapatkan ukhwah antara Cina dan Melayu. Pelatih Cina ramai, tapi yang buat kepala sendiri tu yang cikgu tak gemar. Sudahnya cikgu terpaksa memarahi semua orang sedangkan nila tu setitik sahaja.

Apapun cikgu tetap akan ingat Lee Jun Teng. Tahniah! Cikgu harap kamu dapat kekalkan daya saing kamu di dalam kelas buat setakat bangsa Cina, malah semua bangsa Di Malaysia.

Integrasi.


Monday, 4-Feb-2008 17:22 Email | Share | | Bookmark
Iklan

 
 
 
View all 6 photos...
Ni gambar-gambar iklan. Sambil tu.. cikgu juga nak cakap... tang reta Kerajaan Malaysia tu... CB2 le yang bagi semula kat cikgu tak complete. Hampeh!

CB lain seme pulangkan dengan lengkap. Errmmm sapa yang dah buat reta sendiri tu.. pandai2 le manfaatkan kegunaannya.

Arr lagi satu.. sapa pegang pen cikgu yang tulis kat cawan? Tulung serahkan kepada Ezad.. cikgu nak bagi kat Ezad.



Monday, 4-Feb-2008 16:38 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 12 photos...


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net